Bagaimanakah cara untuk menaikkan berat badan?


Bagaimanakah cara untuk menaikkan berat badan? Ada lima cara mudah yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja di rumah tanpa memerlukan belanja yang besar

  1. Tetapkan satu berat badan target dalam tempoh tertentu. Pastikan juga ia realistik dan boleh dicapai. Sebagai contoh: 2 kilo dalam masa 6 minggu. Timbanglah berat badan anda setiap minggu.
  2. Bersenam secara teratur dan berkala. Elakkan senaman yang terlalu meletihkan dan melampaui keupayaan badan sendiri.
  3. Tidur yang cukup. Kawal stress dan buang tabiat yang membahayakan kesihatan contohnya merokok
  4. Ambillah makanan berkalori tinggi seperti produk susu, kekacang, buahan kering dan telur. Rehat secukupnya dan ambillah makanan ringan yang berkhasiat di antara sela waktu makan. Lebihan kalori antara 500 ke 1000 kalori sehari dianggarkan dapat meningkatkan berat badan antara 0.5 ke 1 kg berat badan seminggu
  5. Elakkan produk-produk suplemen yang meningkatkan berat badan atau meningkatkan selera makan yang tidak diketahui kesan sampingnya. Berundinglah dengan pakar pemakanan sebelum menggunakan apa-apa produk ini.
Pengurusan berat badan yang baik adalah salah satu komponen penting dalam penjagaan kesihatan anda.
SELAMAT MENCUBA